Ok ke bisnes cetak baju ni?

Ramai pelanggan saya yang bertanya soalan ini. Ok ke bisnes cetak baju ni?

Sebenarnya peluang di dalam bidang ini agak unik kerana semakin banyak persaingan, peluang tetap akan wujud dan boleh dikongsi secara adil. Malah ianya semakin meningkat. Maksud saya pasaran tidak tepu. Semakin kita maju, perniagaan ini semakin relevan dan tetap berkembang secara dinamik.

image

Dengan adanya perkembangan media sosial samada Facebook, Instagram mahupun Twiter, perniagaan ini akan terus berkembang. Perkembangan bidang ini bukan sahaja terbatas kepada teknologi dan teknik cetakan, tetapi merangkumi aspek pemasaran dan penciptaan peluang.

Trend semasa

Bidang cetakan t shirt berkembang secara selari dengan trending semasa, pertambahan penduduk, corak perbelanjaan, kaedah promosi mahupun penjenamaan.

Sebagai contoh apabila berlaku sesuatu peristiwa atau trending di media sosial, permintaan kepada cetakan t shirt akan meningkat. Pelbagai design yang kreatif samada secara terus atau sindiran terhadap sesuatu isu akan terhasil. Ianya akan menjadi viral dan mewujudkan satu permintaab yang cukup hebat. Inilah yang dinamakan trend semasa.

image

Permintaan konvensional

Selain permintaan secara trending, permintaan design konvensional masih memainkan peranan penting untuk mengekalkan momentum permintaan terhadap bidang cetakan t shirt. Kaedah dan teknik cetakan lama seperti silkscreen masih menjadi kegilaan kerana mutu penghasilan t shirt.

Selain itu design yang dihasilkan juga cukup klasik dan menarik. Penggunaan konsep minimalist banyak mempengaruhi cara dan trend pembelian pelanggan.

image

Permintaan yang tidak mati

Sebenarnya permintaan terhadap bidang cetakan t shirt tidak akan mati. Bidang ini akan terus berkembang selari dengan cara dan gaya fesyen semasa.

Jalan pintas untuk berjaya???

Ramai di antara usahawan yang suka untuk mencari jalan pintas dalam perniagaan. Hendak cepat kaya dan kononnya cepat berjaya.

Jalan singkat ini banyak cara dan muslihatnya. Ada yang nampak baik tetapi hakikatnya hancur. Ada yang nampak mudah tapi hakikatnya terlalu jauh dan sukar.

image

Apa itu “jalan pintas” dalam perniagaan?

Memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan bukanlah tugas yang mudah kerana dunia keusahawanan menuntut jiwa yang kental, akal yang bijak dan tindakan yang pantas serta dinamik.

Semua orang ingin menjadi usahawan kerana bila menjadi usahawan kita menjadi bos kepada diri sendiri. Kita tidak terikat dengan arahan orang lain dan kita boleh buat apa yang kita suka. Kita tidak terikat dengan waktu pejabat dan hari bekerja.

Malah tarikan utama kebanyakkan orang yang terlibat dalam perniagaan adalah keuntungan. Bagi sesetengah usahawan duit modal dan margin keuntungan adalah pendapatan. Atas sebab itu mereka joli sakan dengan duit yang ada dan akhirnya modal yang ada tersangkut terus dan bisnes ditutup.

Bila keadaan memaksa, orang kita mula untuk memilih jalan mudah. Jalan pintas. Jalan yang mudah untuk mendapat keuntungan. Orang kita mula memberi “hadiah” dalam bentuk rasuah untuk mendapatkan tender. Malah rasuah sudah menjadi public secret yang tidak boleh disembunyikan. Bila terlibat dengan kerja tender, tidak kira kecil atau besar, orang kita sudah seperti diajar untuk memberi kepada pemberi. Dan di sini rasuah bermula.

Selain itu orang kita mula untuk meletakkan harga yang tidak setanding kualiti. Lain yang kita janjikan, lain yang kita berikan kepada pelanggan. Kita cuba untuk menjualmpada harga tinggi dan menipu pelanggan dengan cara yang pelanggan tidak ketahui.

Selepas itu kita mulalah untuk berfikir itu dan ini. Kita mahukan jalan yahg senang tapi duit yang masuk cukup banyak. Kita mulalah berhutang demi gaya untuk mempengaruhi orang lain dan banyak lagi.

image

Bahayakah jalan singkat?

Apa yang saya ingin kongsikan ialah sebenarnya tidak ada jalan singkat untuk kita berjaya. Jalan singkat yang dirasakan baik itu sebenarnya adalah perangkap yang menanti untuk menjahanamkan usahawan.

Jalan singkat ini umpama gula, nampak dan rasanya manis tetapi ianya cukup berbahaya buat kita. Jalan pintas ini akan menjadi penyumbang kepada kejatuhan kita dalam perniagaan.

image

Kenapa orang kita mengambil jalan pintas?

Terlalu banyak sebab dan faktor yang mempengaruhi orang kita untuk mengambil jalan pintas. Tetapi faktor utama yang menyebabkan orang kita terjebak dengan jalan pintas ialah ketamakan.

Ketamakan adalah penyakit hati yang cukup berbahaya. Penyakit ini menjadi penyebab utama pergaduhan sesama manusia. Penyakit ini mempunyai implikasi yang teramat besar

Kualiti produk

image
Proses untuk menghasilkan tshirt yang berkualiti

Kualiti produk atau perkhidmatan merupakan antara elemen yang terpenting selain dari elemen pemasaran, design dan harga.

Ramai di antara usahawan kita yang menghasilkan produk yang berkualiti rendah kerana beranggapan ianya tidak begitu penting kerana pelanggan sentiasa meminta harga yang rendah dan sebagai balasannya produk yang dihasilkan juga harus diterima berkualiti rendah.

Ramai juga usahawan yang memberikan alasan harga bahan mentah yang mahal, ringgit yang jatuh sampai ke alasan tol yang naik, semata-mata kerana hasilan produk yang berkualiti rendah.

Walaupun pada logiknya, alasan ini boleh diterima tetapi ada masanya ianya hanya alasan semata-mata. Demi ketamakan, kita cuba untuk menggandakan keuntungan setinggi mungkin walau kita tahu harga kos yang sebenar tidak setinggi mana. Hasilnya produk yang kita hasilkan cukuo sedih kualitinya.

image
Produk yang berkualiti akan meninggikan reputasi syarikat

Disinilah bermula kelemahan usahawan kita bila meletakkan kualiti produk sebagai perkara terakhir yang harus difikirkan.

Memang tidak dinafikan keuntungan adalah perkara terpenting dan itulah tujuan utama kita berniaga. Tetapi jika kita ingin berniaga lama, kita harus utamakan kualiti produk seiring dengan harga dan keuntungan kita.

Sebenarnya untuk mewujudkan harga yang rendah, kualiti yang baik dan perkhidmatan yang cekap bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita boleh lakukan. Cuma kita harus bijak untuk merangka perancangan syarikat dengan baik.

Bagaimana proses penyediaan produk (SIRI PENGENALAN)

Sebenarnya terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh diusahakan. Bukan satu bukan dua malah banyak jenis perniagaan yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pendapatan.

Cuma masalahnya orang kita terlalu suka untuk mencari jalan mudah dalam perniagaan. Kita akan terikut-ikut produk orang lain walaupun sebenarnya kita tidak tahu apa-apa tentang produk tersebut.

Di sinilah bermulanya sebuah kesilapan. Bila kita hanya melihat kejayaan orang lain dan tidak tahu onar dan duri yang telah mereka terpijak, kita sekadar mengikut dan akhirnya kita terkapai.

Apapun perniagaan pasti ada onar dan duri. Pasti ada rintangan dan masalah. Tipu dan teramat tipu jika seseorang mendabik dada mengatakan dia berjaya tanpa membuat silap. Lebih besar kejayaan yang ditempa, lebih besarlah sebenarnya kesilapan yang pernah dia lakukan. Bezanya dia yang berjaya dan orang yang gagal adalah yang berjaya mengambil iktibar dari apa yang terjadi dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi.

Jadi sebelum kita putuskan apakah produk atau servis yang akan dijual, adalah amat penting untuk kita menilai dan membuat homework apakah produl yang sesuai.

Dalam siri-siri berikutnya saya akan berkongsi satu demi satu perkara yang harus kita berikan perhatian sebelum kita memulakan perniagaan.

image

Saya yakin ramai di antara pembaca artikel saya adalah seorang usahawan yang telah menjalankan perniagaan. Sebenarnya baru atau lama dalam bisnes, tua atau muda, bukanlah persoalan. Hidup ini satu perjalanan. Begitu juga dengan perniagaan. Kita baru atau kita lama pasti ada kejayaan dan kegagalan yang kita ciptakan. Cuma jangan jadikan kegagalan itu satu titik untuk kita berhenti. Selagi kita masih bernyawa, teruskanlah. Perniagaan adalah sesuatu yang boleh diwariskan.

Jika anda telah meniaga dan ada sahaja kegagalan pada produk dan servis anda, ianya harus ditukar. Belum terlambat untuk itu.

Menjana pendapatan dari rumah

Kebanyakkan daripada kita memang mencari-cari peluang untuk memulakan perniagaan dari rumah. Semua ingin menjadi usahawan yang berjaya dan boleh menjalankan operasi dari rumah. Kita banyak dipengaruhi oleh berita dan facebook dan viral.

image

Tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah itu untuk kita berjaya dalam perniagaan dari rumah. Banyak yang perlu kita fikirkan dan analisa. Banyak perkara dan kemahiran yang perlu kita miliki.

Adalah satu kesilapan jika kita beranggapan perniagaan dari rumah adalah mudah dan menguntungkan. Sememangnya terdapat banyak medium yang boleh kita gunakan untu, pemasaran produk kita, tapi sebenarnya itu semua tidak mudah. Banyak yang perlu kita fikirkan dan kita kuasai sebelum kita memulakan perniagaan.

Beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum kita menjalankan perniagaan dari rumah, antaranya :

1. Produk. Produk merupakan perkara paling penting untuk kita fikirkan sebelum kita mengambil keputusan untuk meniaga. Perkara ini adalah perkara paling kritikal kerana kita mungkin dipengaruhi oleh kejayaan perniagaan orang lain. Menjadikan perniagan lain satu inspirasi adalah perkara yang baik tetapi menyalin dan mengikut secara membuta tuli adalah satu kesilapan.

Penjualan produk yang salah akan menyebabkan kita terperangkap dalam situasi yang kita akan menjadi keliru dan tidak tahu apa yang sesuai dengan kita.

Peluang perniagaan di dalam industri cetakan tshirt

Ramai di antara kita yang cuba untuk mencari peluang perniagaan yang boleh dijalankan bagi menambahkan pendapatan. Sebenar peluang perniagaan adalah besar. Terpulang kepada kita untuk mencari yang bersesuaian.

Saya suka untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mahupun memulakan perniagaan. Perniagaan di dalam bidang industri kratif khasnya percetakan baju dan cenderahati adalah cukup lumayan.

image

Saya akan rasa puas jika dapat berkongsi sedikit ilmu dengan pelanggan saya. Saya akan pastikan mereka benar-benar memahami bidang perniagaan yang mereka ceburi dan saya ingin melihat mereka berjaya.