Jalan pintas untuk berjaya???

Ramai di antara usahawan yang suka untuk mencari jalan pintas dalam perniagaan. Hendak cepat kaya dan kononnya cepat berjaya.

Jalan singkat ini banyak cara dan muslihatnya. Ada yang nampak baik tetapi hakikatnya hancur. Ada yang nampak mudah tapi hakikatnya terlalu jauh dan sukar.

image

Apa itu “jalan pintas” dalam perniagaan?

Memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan bukanlah tugas yang mudah kerana dunia keusahawanan menuntut jiwa yang kental, akal yang bijak dan tindakan yang pantas serta dinamik.

Semua orang ingin menjadi usahawan kerana bila menjadi usahawan kita menjadi bos kepada diri sendiri. Kita tidak terikat dengan arahan orang lain dan kita boleh buat apa yang kita suka. Kita tidak terikat dengan waktu pejabat dan hari bekerja.

Malah tarikan utama kebanyakkan orang yang terlibat dalam perniagaan adalah keuntungan. Bagi sesetengah usahawan duit modal dan margin keuntungan adalah pendapatan. Atas sebab itu mereka joli sakan dengan duit yang ada dan akhirnya modal yang ada tersangkut terus dan bisnes ditutup.

Bila keadaan memaksa, orang kita mula untuk memilih jalan mudah. Jalan pintas. Jalan yang mudah untuk mendapat keuntungan. Orang kita mula memberi “hadiah” dalam bentuk rasuah untuk mendapatkan tender. Malah rasuah sudah menjadi public secret yang tidak boleh disembunyikan. Bila terlibat dengan kerja tender, tidak kira kecil atau besar, orang kita sudah seperti diajar untuk memberi kepada pemberi. Dan di sini rasuah bermula.

Selain itu orang kita mula untuk meletakkan harga yang tidak setanding kualiti. Lain yang kita janjikan, lain yang kita berikan kepada pelanggan. Kita cuba untuk menjualmpada harga tinggi dan menipu pelanggan dengan cara yang pelanggan tidak ketahui.

Selepas itu kita mulalah untuk berfikir itu dan ini. Kita mahukan jalan yahg senang tapi duit yang masuk cukup banyak. Kita mulalah berhutang demi gaya untuk mempengaruhi orang lain dan banyak lagi.

image

Bahayakah jalan singkat?

Apa yang saya ingin kongsikan ialah sebenarnya tidak ada jalan singkat untuk kita berjaya. Jalan singkat yang dirasakan baik itu sebenarnya adalah perangkap yang menanti untuk menjahanamkan usahawan.

Jalan singkat ini umpama gula, nampak dan rasanya manis tetapi ianya cukup berbahaya buat kita. Jalan pintas ini akan menjadi penyumbang kepada kejatuhan kita dalam perniagaan.

image

Kenapa orang kita mengambil jalan pintas?

Terlalu banyak sebab dan faktor yang mempengaruhi orang kita untuk mengambil jalan pintas. Tetapi faktor utama yang menyebabkan orang kita terjebak dengan jalan pintas ialah ketamakan.

Ketamakan adalah penyakit hati yang cukup berbahaya. Penyakit ini menjadi penyebab utama pergaduhan sesama manusia. Penyakit ini mempunyai implikasi yang teramat besar

Leave a comment